Saturday, February 9, 2019

PENGANTIN BARU DI ULUHATI - SYAKILA DAN SYAHRIZAL - AND THERE WAS A WEDDING IN THE COUNTRY

3 Februari 2019, satu tarikh bersejarah bagi Syakila dan Syahrizal. Di teduhi pohon-pohon rendang, angin sepui-sepui yang menambahan keheningan suasana, Uluhati bertuah menjadi tapak titik tolak bagi mereka melancarkan hidup baru mereka. Satu "Perkahwinan di Taman" (Country Wedding) penuh dengan adat istiadat Melayu. Tak lekang dek panas, tak reput dek hujan.

Sesiapa yang berminat untuk mengadakan acara yang sama bolehlah membuat tempatan melalui;
1. diuluhati@gmail.com atau,
2. Dhaniah 017 6511 612











 Tunduk segala rakyat jelata 
Memberi takzim raja sehari 
Raja rupawan di atas takta 
Duduk memerintah barang sehari


Orang jauh dikenang-kenang 
Hanya terkenang pada yang satu 
Mula berkenal kemudian bertunang 
Diatas pelamin sama bersatu
  Panas kering siapakan tahu 

Hujan rintik di daun pandan 

Berjalan seiring bersentuh bahu 

Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum 
Melihat laksamana bermain rodat 
Senyum-senyum jangan tak senyum 
Sudah sempurna segala adat

 Cahaya malam gilang gemilang,
Kerana disinar bulan purnama;
Gajah mati meninggalkan tulang,
Manusia mati meninggalkan nama.
 Ambil kapak belah ke kundur, 

Baik terbelah si ibu kaki; 

Walau setapak saya tak undur, 

Itu adat anak laki-laki.

 Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara;
Adakah bisai tahu takut,
Kamipun muda lagi perkasa.
Ulam tipus bersambal cuka,
Kuah dihirup begitu rakus;

Biar mampus merebut pusaka,

Jangan hidup digelar dayus.





Ayam dara di buat gulai 

Bungkus bekalan letak di bucu 

Riang gembira kedua mempelai 

Semoga berkekalan keanak cucu

No comments:

Post a Comment